Sunday 13 December 2015

Ke Kelas Ke Kita ...

ASSALAMUALAIKUM...

Annyeong ! Apa khabar semua... Dah breakfast ke belum ? Breakfast apa pagi ni ?
Btw, hujung-hujung minggu ni seronokkan kalau dapat bersantai seisi keluarga di rumah. 
Sayangnya, Syua pagi-pagi lagi dah bertolak ke Damansara untuk menghadiri kelas bulanan 
bersama Sifu Irfan Khairi (IK). Masih dalam perjalanan. In sha Allah ... kalau tiada aral sikit
masa lagi sampailah. Dan In sha Allah , kelas harini sampai petang - dalam pukul 5.30 petang
 macamtu. Hmmm... nak buat macam mana kan, walaupun hati Syua meronta-ronta untuk menghabiskan hujung minggu bersama keluarga di rumah tapi tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan. Dan tanggungjawab Syua adalah belajar atau dalam kata lainnya menuntut 
ilmu. Menuntut ilmu tu adalah salah satu kewajiban yang perlu kita penuhi sebagai 
seorang manusia yang bergelar Hamba ALLAH . So, nak tak nak tetap juga perlu ditunaikan.
Awak-awak semua tolong doakan Syua ya.


 Nah.. Syua belanja muka ajet-ajet comel 
buat tatapan di pagi minggu ;)


Ok lah dearies.. Need to go now. Will update new entry later. Till we meet again. Have a good
weekend everybody ^^. Fi hifzillah.


Lots of love,        

Saturday 12 December 2015

Jom Sertai BLOGGER CONTEST 1212 dan Menangi BIG POINTS 30000 beserta Wang Tunai RM600.



ASSALAMUALAIKUM...

Bismillahirrahmanirrahim... 
Annyeong ! Apa khabar lovelies semua harini ? Sihat ? Dah lunch ke belum? 
Btw, actually harini Syua nak buat entry berkenaan satu contest yang Syua join.

http://www.sayaiday.com/2015/12/blogger-contest-hadiah-30-ribu-airasia-big-points-RM600-cash.html?m=1

BLOGGER CONTEST 1212. Hadiah dia lumayan tau. Korang boleh menang 
30 ribu Big Points dan Wang Tunai berjumlah RM 600. Best kan ? Haa.. bagi
awak-awak termasuk saya yang tengah dok mengira bajet nak pergi cuti ni
ibarat bulan jatuh ke riba la. Mana taknya kalau ada rezeki menang bolehlah
kita redeem Big Points tu dengan tiket kapal terbang. Untung-untung boleh 
sampai ke Perth *hehehe*.  Ok lah.. Syua dah melalut panjang lebar ni. Back 
to topic,  dekat bawah ni Syua ada list kan Top 3 wishlist items yang Syua nak 
beli dekat LAZADA.
 

 



Jom membeli belah di LAZADA kerana  LAZADA mempunyai banyak
 pilihan yang menarik di samping harga yang berbaloi-baloi :).






Lots of love,    

Friday 11 December 2015

Hijab Tutorial by Me :)

ASSALAMUALAIKUM...

Annyeong ! Apa khabar awak-awak semua? Semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Kalau ada yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat k . Almaklumlah sekarang ni kan musim demam batuk selsema etc. So, Syua harap awak-awak semua jaga diri ye. Banyakkan minum air putih dan makan makanan yang seimbang k. Ok lah, Syua tak nak bebel panjang-panjang harini. Actually, Syua just nak berkongsi satu video tutorial pemakaian shawl yang selalu Syua pakai. In sha Allah... semestinya labuh dan menutup dada . Syua memang peminat tegar shawl dan atas sebab tu jugak Syua suka mencuba pelbagai gaya shawl. Lagipun, ibu Syua pun lagi suka Syua shawl - Ayu katanya . hehehe. And sebab tu jugak Syua jarang pakai jenis tudung yang lain. Alasan yang paling kukuh sebab Syua cepat stress kalau tudung tak jadi. Boleh hilang mood jadinya. So, nak selamat pakai la shawl. Senang pun senang, cepat pun cepat, dan yang paling penting tak stress . Btw, awak-awak semua suka pakai tudung apa and apa sebab awak pilih jenis tudung tu? Cer share dengan Syua sikit. Syua pun teringin nak tau jugak. Ok lah lovelies, I need to go now. Till we meet again in the next entry *In sha Allah*. Fi hifzillah. Enjoy the video ya and sorry kalau ada kekurangan. Hope you like it ! 

 

Thursday 10 December 2015

Alhamdulillah ....

ASSALAMUALAIKUM ....

Annyeong :) I'm back !!! Alhamdulillah, setelah hampir setahun lebih tak berblogging 
akhirnya Syua kembali semula untuk menyinari hidup anda *over sangat*. And finally 
siap jugak blog baru Syua . Yeayyyyyy !!! Blog lama https://paradisodiamore.blogspot.com 
Syua dah tutup ye. Dan menjelang tahun baru yang bakal menjelang tiba ni, Syua 
kembali dengan azam dan semangat yang baru ^^. Syua akan cuba sedaya upaya yang 
mungkin supaya semakin rajin update blog disamping kesibukan sebagai student dan 
businesswoman *In sha Allah* - doakan ye sahabat-sahabat. Dan In sha Allah Syua akan 
kongsikan aktiviti harian Syua bersama awak-awak semua. Sambil-sambil tu nanti Syua 
selitkan jugak ruangan Dr Chenta berserta hobi, minat Syua dan tips-tips yang 
berguna yang boleh dipraktikkan. Biiznillah. Mohon doanya ... Semoga Syua dapat 
mencapai semua target dan impian yang diharapkan. Goodnight. Sweetdream. 
Till we meet again. 


Lots of love,